PROFAIL

PERSATUAN KEBUDAYAAN TATANA SABAH
(SABAH TATANA CULTURAL ASSOCIATION – STCA)

  1. Presiden Semasa: Tan Sri Wences Angang
  2. Alamat Pejabat : Peti Surat 71, Kg. Bundu Batu 4, 89747 Kuala Penyu, Sabah
  3. Sejarah Penubuhan ( Tarikh Mesyuarat Pertama) : 1 JANUARI 2010
  4. Tarikh Didaftar Dengan ROS: 4 JUN 2010
  5. Nombor Pendaftaran : 1387 – 10-SBH
  6. Objektif Penubuhan: Memulihara dan mengekalkan amalan budaya masyarakat Tatana dari segi bahasa, sastera, cara hidup, adat-istiadat, harta intelik tradisi, makanan, minuman tradisi, tarian, lagu-lagu serta muzik tradisi, teknologi dan perubatan tradisi. Persatuan juga memainkan peranan meningkatkan taraf pendidikan dan sosioekonomi masyarakat Tatana. STCA juga bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan perpaduan dalam masyarakat Tatana sendiri serta dengan etnik dan kaum-kaum lain dalam negeri Sabah dan dalam negara Malaysia. STCA juga menjaga kebajikan ahli-ahli dan masyarakat Tatana.
  7. Syarat Keahlian: Seorang warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, mempunyai keturunan darah Tatana sama ada sekurang-kurangnya dari sebelah ibu atau bapa. Suami atau isteri dari etnik/kaum lain yang berkahwin dengan keturunan Tatana boleh menjadi ahli bersekutu.
  8. Pencapaian STCA.
  9. Berjaya mewujudkan perayaan pesta budaya Tatana bernama “Odou Bakanjar” sejak tahun 2014 yang diadakan setiap tahun sehingga tahun 2019 untuk memulihara budaya Tatana.
  10. Menghasilkan Buku Inventori Etnik Tatana pada tahun 2016 dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).
  11. Sedang menyiapkan kamus Etnik dengan LKNS dan sedang menyiapkan Kamus
  12. Tatana Konferensif.
  13. Berjaya melaksanakan kempen memakai pakaian tradisi Tatana sehingga masyarakat Tatana ramai memiliki pakaian tradisi dan suka memakai pakaian tradisi ini dalam perayaan-perayaan dan majlis perkahwinan / rasmi.
  14. Berjaya mendaftarkan Arakbilod (Arbil – Minuman Tradisi) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
  15. Berjaya menghasilkan CD rakaman muzik-muzik tradisi dan lagu-lagu dalam bahasa Tatana.
  16. Berjaya menghasilkan corak tradisi Tatana pada kain, 8) Tahun 2023, 8) Telah mengadakan pembelajaran bahasa Tatana secara online dan secara kelas tatapmuka sejak tahun 2018 hingga tahun 2023 dengan kerjasama LKNS. STCA dengan kerjasama LKNS berjaya menerbitkan Buku Resepi Masakan Tatana.
  17. Membuat kajian budaya Tatana oleh AMT STCA sendiri dan dengan kerjasama
  18. LKNS serta Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  19. Populasi Tatana: Dianggarkan 20,000 orang
  20. Lokasi (Daerah / Kampung): Kuala Penyu: Di Kuala Penyu terdapat di 56 buah kampung, Di Beaufort; 3 buah kampung, serta bermastautin di beberapa bandar di Sabah dan di Semenanjung Malaysia.
  21. Senarai AMT:
  22. Presiden : Y.Bhg Tan Sri Wences Angang, Naib Presiden (1) Pn. Monica Gualin, Naib Presiden (2): Dr. Benedick Oliver, Setiausaha Agung: En. Monih Epin, Pen. Setiausaha Agung: Cik Kalsiah Matrin, Bendahari Agung: En. Patrick Epin, Pen. Bendahari Agung (kosong), AMT: Dr. Suntik Tuin, Pn. Rosaline Oliver, En. Augustine Anjut, En. Martin Daya, KMC Nuri Suram, En. Dr. Sining Unchi, KAN Anthony Petrus, KK Kamloi Tanim. Pn. Agnes Ebos, En. Vioery Eming, Y.Bhg. Cik Esmarida Ebos

Moto:

Mominjo om Monogimo Do Koubasanan Tatana
(Memelihara Dan Mengekalkan Kebudayaan Tatana)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *