SUKU KAUM DUSUN TATANA

Kaum Dusun tatana merupakan salah satu etnik yang dikelompokkan ke dalam Kadazan Dusun di Sabah, dan tertumpu di daerah Kuala Penyu dan sedikit di daerah Beaufort. Suku kaum Dusun Gana di Bingkor Keningau juga dikatakan memiliki kaitan dengan etnik ini. Di samping turut menyambut Pesta Kaamatan, masyarakat Dusun Tatana juga memiliki perayaan tersendiri yang dinamai sebagai Odou Bakanjar, yang diperkenalkan oleh Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA). Pelbagai aktiviti dijalankan selama perayaan ini yang menonjolkan kebudayaan etnik Dusun Tatana seperti makanan dan minuman, persembahan tarian dan lain-lain.

Tarian Dusun Tatana dikenali sebagai Sayau Kalambujang dan Sayau Maginum. Dari segi bahasa pula, bahasa Dusun Tatana ketika dituturkan akan terdengar seperti digabungkan ketiga-tiga bahasa pribumi iaitu bahasa Dusun Piawai (Bundu-Liwan), Bahasa Murut dan Bahasa Bisaya, walaupun ia merupakan bahasa asli masyarakat Dusun Tatana. Oleh sebab itulah tidak menghairankan jika kaum Bisaya dapat memahami dan bertutur dalam bahasa Dusun Tatana, dan begitu juga sebaliknya, kaum Dusun Tatana dapat memahami dan bertutur dalam bahasa Bisaya. Alat muzik tradisional yang digunakan oleh kaum Dusun Tatana adalah gong dan kulintangan, yang juga merupakan alat muzik bagi masyarakat Bisaya.

Daerah Kuala Penyu pada mulanya berpuak-puak dan terbahagi kepada dua kelompok yang dikenali sebagai “orang hulu dan orang hilir”. Orang Hulu adalah panggilan bagi mereka yang tinggal di bahagian atas iaitu Suang Seruang. Manakala menurut cerita itu suku dusun di Orang Hilir pula mendiami kawasan Suang Tunan. Diceritakan satu peristiwa yang membawa kepada perselisihan pendapat antara dua kelompok maka berlaku pertelingkahan berminggu lamanya yang akhirnya membawa kepada peperangan antara mereka. Orang Hulu yang dikatakan lebih ramai dan lebih hebat bertindak nekad menyerang Orang Hilir. Kononnya peperangan itu berlarutan sehingga berbulan lamanya. Oleh kerana peperangan itu berlarutan sebegitu lama ditambah lagi pahlawan hebat Orang Hulu semakin mara, maka Orang Hilir yang dikatakan lebih suka bertoleransi tidak mampu bertahan dan mengambil keputusan untuk mengundur dengan bersembunyi di sebuah lobang bawah tanah untuk menyelamatkan puaknya. Persembunyian itu telah menyelamatkan mereka dari terus berperang sesama sendiri. (digambarkan lobang bawah tanah itu menyerupai gua tetapi tidak pula diketahui lokasinya). Walaupun peperangan itu berakhir, Orang Hulu secara berterusan berkata, “apabila terjumpa atau terlihat Orang Hilir mereka akan berkata sesama mereka “nah elahi nio nah ulun tana” bermaksud “nah lihat

tuna sudah orang tanah”, lama-kelamaan Orang Hilir digelar atau dinamakan Tatana. Selain menyelamatkan dua kelompok itu dari terus bermusuhan sesama sendiri, langkah persembunyian itu juga dilihat secara tidak langsung telah mewujudkan nama Dusun Tatana itu sendiri dan terus diwarisi dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini. Kedua-dua bahagian yang dinamakan sebagai Suang Tunan dan Suang Seruang itu kekal sehingga ke hari ini di mana masyarakatnya hidup harmoni menikmati kemajuan dan pembangunan bersama sebagai Warga Kuala Penyu. Apapun ceritanya sebagai masyarakat berfikiran aras tinggi rasanya tidak perlu lagi mana-mana pihak berkata atau merasa Suang Tunan dan Suang Seruang sebagai sesuatu yang sensitif untuk diperkatakan kerana suku Tatana itu berada di segenap bahagian Hulu dan Hilir.

*AYAT DALAM BAHASA DUSUN TATANA*

Do mula ih, maso ulun Kina it rumikot do pomogunan takau, lain ko sumakoi do kapal tarabang tapi maya do Tongkang, kapal gayo mamakai do layag. Intad do pomogunan nisiro rumikot do pomogunan takau, loin ko sakajap, bobulan-bulan, apat limo ngo bulan. Mana kaa, moginapit lagi do ianan bokon om nini molidut tungkang nisiro, makansang oyo ribut mousus tupo, tapi koso oyo ribut, mamanau potoi tungkang in. Lakun lagi, lanun salaud lagi mana dokaa molidut, kiaro sampai bataun kon baru mokorikot. Do maso kunu iro balayag kilutu iro do liking nu buah-buahan, sinalag nu daging bogok, kinala nu kana, bagas om mogumu lagi. Jadi mingkikit kunu kon isiro, lumaa maian do makanan. Om nini loin koh alang-alang do ginumu nu ulun, paling kuri limo ngopod ngoulun. Jadi insan odou notiu iro do rebut om lakun loin ko alang-alang do gayo om naian kunu iro do makanan, naalu poh bagas.

-oleh Caroline Martin@Galu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *