ODOU BAKANJAR MASYARAKAT TATANA

Suku kaum Tatana atau etnik Totana yang terdapat di daerah Kuala Penyu memang kaya dengan pelbagai Unsur kebudayaannya. Warisan budayanya meliputi cara hidup, kepercayaan, upacaro ritual, mokanan, pakaian, tarian, muzik tradisi, lagu-lagu rakyat dan sastra lisan masih diamalkan oleh masyarakat nya. Tarian tradisi Tatana terdiri daripada Sayau Kadayan atav Sayau Moginum, Sayau Kolombujang, Sayau Balandaih dan Sayau Bakanjar. Setiap tarian ini mempunyai keunikan dan tujuannya yang tersendiri. Sayau Kadayan, Sayau Kolombujang dan Sayau Balandaih pada asalnya adalah tarian dalam upacara ritual dan kini selalu dipersembahkan pada acara-acara keramaian. Tarian Bakanjar pula bukan merupakan tarian dalam mana-mana upacara ritual.

Kewujudan tarian Bakanjar sama usianya dengan kewujudan suku kaum Tatana itu sendiri. Dengan melihat pada peralatan yang digunakan dan semangat rentak tarinya, tarian Bakanjar merupakan tarian seni bela diri dan kepahlawanan. Perkataan Bakanjar berasal dari kata akar “kanjar” yang mendapat imbuhan “ba-“, [ba- + kanjar]. Perkataan “kanjar” dalam bahasa Tatana bererti pergerakan kaki dan hentakan kaki yang menggerakkan seluruh anggota badan. Mengikut semantiknya, perkataan “kanjar” juga mengandungi Unsur sifat iaitu “bersemangat dan kekuatan” Kata terbitan lain dari perkataan ini jalah mikakanjar (menghentak-hentakkan kaki), dan takanjar-kanjar. Makna perkataan bakanjar dapat dirumuskan sebagi satu pergerakan kaki), yang dan bermula dengan pergerakan kaki diikuti oleh pergerakan anggota badan yang lain yang digerakkan dengan bersemangat.”

Berdasarkan peralatan yang digunakan, tujuan dan definasi kata tersebut, makna tarian Bakanlar ialah tarian yang memperlihatkan kemahiran menggunakan peralatan pedang dan taming dengan seni pergerakan dan langkah kaki tertentu yang Menurut maklumat daripada generasi lama, persembahan tarian bakanjar semasa majlis perkahwinan pada zaman dahulu amat meriah dan kreatif. Di halaman rumah pihak pengantin wanita didirikan sebuah pondok atau kubu kecil yang diperbuat daripada material pakok rumbia. Di kubu kecil ini pasukan bakanjar di pihak pengantin wanita akan mempertahankan diri dari serangan olok-olok menggunakan tubu lama (bahagian isi pakok bemban)dan mereka saling menyerang dengan rejaman isi bemban. Persembahan mereka tersebut diakhiri dengan tarian bakanjar
menggunakan taming dan pedang.

Pada masa kini tarian Bakanjar masih dipertontonkan semasa acara menyambut tetamu, Pesta Kaamatan,
majlis perkahwinan dan dalam beberapa acara rasmi kerajaan dan swasta. Melihat pada keunikan tarian
bakanjar ini, maka Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA) telah mengambil inisiatif untuk
mengangkat dan menonjolkan lagi tarian ini. STCA telah bersetuju agar satu perayaan atau pesta budaya
suku kaum Tatana diwujudkan dengan mengambil tarian bakanjar sebagai salah satu intinya. Pesta
tersebut dinamakan Odou Bakanjar atau Pesta Bakanjar. Keputusan STCA ini telah diajukan kepada
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) pada bulan Oktober 2013 dan pada perbincangan ini STCA
diwakili oleh Datuk Seri Panglima Wences Angang selaku Presiden STCA dan En. Month Epin, Setiausaha
Agung STCA dan Pn. Monica Gualin. Sementara LKNS diwakili oleh Pengurus Besar Datu Rosmadi Datu
Sulai dan En. Mickey Apison, Timbalan Pengurus Besar. Nama Odou Bakanjar juga telah diterima sebulat
suara dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi STCA.

LKNS telah bersetuju bekerjasama serta membimbing penganiuran Odou Bakanjar dan buat pertama kalinya perayaan ini diadakan pada 15 Februari 2014 dengan penyertaan tujuh kumpulan budaya Tatana. STCA dan LKNS bersetuju Odou Bakanjar akan dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Sabah dan akan diadakan setiap tahun pada hari Sabtu pertama selepas perayaan Chap Gah Meh. Masa tersebut dipilih kerana sebahagjan masyarakat Tatana juga merayakan Tabun Baru Cina yang mereka sebut sebagai Taun Bagu atau Od0u Pangkayauan.

Sehari sebelum Odou Bakanjar upacara Moguok diadakan. Upacara Moguok diadakan dan diketuai oleh seorang ketua pengamal kepercayaan adat tradisi Tatana. diketuai oleh Ketua Kampung En. Nuri Suram dari Kg Gorowot. Upacara Ini diadakan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku (tolak bala) seperti menyebabkan sakit terutama sekali khas untuk para peserta persembahan Odou Bakanjar yang masi mengamal kepercayaan tradisi nenek moyang.

oleh DRs. Monih Epin SUA STCA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *